Thursday, July 22, 2010

1Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan

INGATLAH...!!!

IBNU MUSLIM
1 AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... Firman Allah s.w.t:“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (senang) ataupun dalam keadaan berat (susah); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”(Surah At-Taubah, ayat 41)

“Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa-jiwa kami dan kejelekan amalan-amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak akan ada yang menyesatkannya. Dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan ada yang memberi petunjuk kepadanya.”


1Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan

Di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia, kita pasti bahkan tidak dapat melepaskan diri dari mendengar slogan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Satu doktrin yang cuba diterapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pentadbirannya. Dalam semangat Hijrah, alangkah baiknya slogan “1 Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan” juga dicanangkan di seantero negara agar rakyat juga cinta akan hal ini sekaligus menghayatinya. “1Malaysia” dibentuk atas wacana dan tujuan politik, manakala konsep “1Aqidah” perlu diarusperdanakan atas faktor iman dan agama.

Ya, kita maklum ia tidak semudah menulis dan bercakap, kerana pelaksanaan konsep “1Aqidah” memerlukan anjakan minda dan sikap. Sebagai orang awam (ya.. sesungguhnya sebagai orang awam), kita lebih menekuni dan cenderung bersetuju dengan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam artikelnya “Pengitlakan Istilah Yang Mengundang Fitnah” khususnya dalam mendepani 2 aliran ‘sekolah’ pemikiran yang wujud kini

Kita juga tertarik dengan penulisan rakan kita dalam hal membicarakan yang berkaitan “1Aqidah” seperti berikut yang dipetik dari blog beliau:

Al-Qaradawi menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan Al-Quran.

Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada:

a) Usul Aqidah: iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.

b) Furu’ Aqidah: Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.

[Rujuk Kayfa Nata'amal Ma'a Turath wa At-Tamazhab wal Ikhtilaf, Al-Qaradawi, Maktabah Wahbah, Mesir, 2001, hlm 142].

Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.

Kita membawakan hal ini sekadar ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika tidak dihayati dan difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin menghina dan bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.

Namun ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian. Yang paling perlu dielakkan adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil. Ia sangat membuang waktu dan menyakitkan kepala sahaja. Kerana si jahil tidak akan mampu memahami laras bahasa dan istilah yang digunapakai oleh si alim. Justeru, tindakan terbaik bagi si alim adalah diam.

Kesimpulannya, dibenarkan untuk menolak hujjah pihak yang lain, namun dalam pada kritikan ilmiah dibuat, jangan lupa juga mengiktiraf bahawa pihak yang lain juga ada niat baik untuk kebaikan Islam. Masing-masing merasakan pendekatan dan ilmu mereka adalah yang lebih tepat untuk membawa kepada keagungan Islam.

Namun jangan terlupa, ruang kesilapan masih boleh wujud di pihak kita. Kita sendiri sering mengingatkan diri kita ketika mengulas isu-isu kewangan atau ekonomi dan fitnah dan sebagainya, bahawa kita mungkin boleh berada di pihak yang kurang kuat dan tidak kukuh hujjahnya.

Justeru itu kerap kita katakan kepada mereka yang sibuk dan marah-marah dengan pandangan kita, “Pandangan dan tulisan kita tidak wajib ke atas sesiapa untuk mengambilnya, anda bebas untuk terima atau menolaknya”.

Cuma harapan kita, jika menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih meyakinkan dari mereka yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam bisnes itu nescaya mesti nak jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana nafsu sendiri.

Saturday, July 25, 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU



Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.


Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.


Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.


Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.


Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.


Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.


Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.


Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.


Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.


Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?


Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.


Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.


Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?


Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.


Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.


Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?


Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.


Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.


Logik
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.


Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.


Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?


Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.


Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.


Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.


Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.


Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.


Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.


Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.


Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Friday, July 10, 2009

MELAYU GLOKAL


"Konsep, gagasan, hasrat, citra dan wawasan Melayu Glokal adalah untuk mengubah minda, sikap, paradigma dan pandangan hidup bangsa Melayu kepada yang lebih hebat, unggul dan mulia. Oleh itu, marilah kita dengan penuh azam dan iltizam, berdoa dan berusaha agar Melayu Glokal dapat dibina sebagai suatu janakuasa baru yang hebat dan bertenaga demi manfaat agama, bangsa dan negara."


Sumber : Teks ucapan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Majlis Konvensyen Melayu Glokal anjuran Institut Pembangunan Tereangganu dan Kerajaan Negeri Terangganu

1. Terlebih dahulu marilah kita merafakkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat bersama-sama dalam majlis Konvensyen Melayu Glokal anjuran Institut Pembangunan Terengganu dan kerajaan negeri pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah dirakamkan kerana kejayaan menganjurkannya dan terima kasih setulusnya kerana menyambut konsep Melayu Glokal yang telah saya utarakan.

2. Pada tahun 1992 dan 1993 ketika saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, telah dianjurkan siri latihan yang bertemakan Akar Teguh Akal Canggih (ATAC) kepada pemimpin-pemimpin pemuda seluruh negara. Istilah glokal belum kedengaran lagi pada masa itu. Namun pada hakikatnya harapan untuk menjadikan Akar Teguh Akal Canggih di kalangan pemuda pada ketika itu adalah membawa maksud yang sama iaitu persiapan kekuatan dalaman dan luaran untuk berjaya di negara dan antarabangsa. Pada 19 Julai 2005, dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, istilah Melayu Glokal adalah kali pertama disuarakan.

3. Saya telah menyebut bahawa maksud glokal adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global melibatkan antarabangsa, internasional dan seluruh dunia sementara lokal bermaksud tempatan, nasional dan dalam negara kita ini. Melayu Glokal yang dihasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional. Akar kita berpaksi di dalam negara namun akal kita menerjah di arena antarabangsa. Kita perlu hebat di kota dan desa dan kita juga perlu berperanan di serata dunia. Kita mahukan Melayu Glokal berpaksikan kepada budaya Melayu yang murni dan bertunjangkan dengan ajaran agama Islam yang suci.

4. Dalam ucapan berkenaan saya juga telah menggariskan bahawa untuk menjana Melayu Glokal, kita perlu mengambil lima tindakan: Pertama, melalui ilmu dan pendidikan, kedua, melalui pembangunan ekonomi, ketiga berpaksikan penghayatan agama, keempat kekuatan jati diri melalui transformasi budaya dan yang kelima memperkasakan politik berteraskan idealisme perjuangan. Aspirasi glokal juga wajar bermula daripada kepimpinan pelbagai peringkat agar menjadi sebahagian daripada aspirasi masyarakat.

5. Setelah ucapan berkenaan saya lontarkan, terdapat pelbagai sambutan daripada pelbagai pihak. Saya tidak menafikan bahawa perkataan glokal atau ‘glocalization’ adalah daripada bahasa Inggeris yang telah wujud sebelum ucapan saya lagi. Dalam buku berjudul “The World Is Flat” karangan Thomas L. Friedman terbitan tahun 2005 misalnya, istilah ‘glocalization’ ada disebut. Istilah glokalisasi juga dikupas dalam buku “Dinamika Bangsa Melayu” terbitan UKM tahun 2004.

6. Namun frasa Melayu Glokal belum pernah diutarakan sebelum ucapan saya. Ingin juga dijelaskan bahawa Melayu Glokal adalah pelengkap kepada gagasan Personaliti Unggul yang disebut oleh YAB Perdana Menteri. Ianya wajar dilihat sebagai bersesuaian dengan konsep Islam Hadhari, yang juga melibatkan usaha untuk pembangunan bangsa yang maju.

7. Terdapat sebuah buku baru cetakan tahun 2006 ini yang berjudul “Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal” tulisan Dato’ Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku tersebut menghimpunkan tulisan 40 artikel Dato’ Dr. Hassan pada tahun 2003 dan 2004 berhubung soal memperkasakan bangsa melalui pelbagai kekuatan. Gagasan Melayu Glokal pula saya utarakan pada tahun 2005. Buku ini adalah contoh sambutan cendiakawan tentang konsep Melayu Glokal. Oleh itu, konvensyen seumpama ini adalah menepati objektif agar konsep Melayu Glokal dapat lebih difahami dan dikembangkan.

8. Ayuh kita melihat sedikit kajian mengenai sejarah orang Melayu. Jika kita merujuk kepada buku Prof. Syed Hussien Al Atas yang bertajuk “Mitos Pribumi Malas”, beliau telah menganalisis asal usul, punca dan akibat pribumi yang malas iaitu orang Melayu daripada abad ke 16 hingga ke 20 di rantau ini. Beliau merumuskan bahawa orang Melayu dianggap pemalas oleh kolonial Barat kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan penjajah yang menjatuhkan maruah mereka. Sarjana barat disebut pada ketika itu cenderung untuk menjatuhkan maruah pribumi Melayu. Namun, tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan oleh malas yang sebenar. Sebaliknya adalah disebabkan oleh penolakan mereka untuk bekerja sebagai buruh ladang dan ketidakadilan yang diterima oleh mereka dalam kegiatan ekonomi kapitalis yang dikuasai oleh penjajah. Dibuktikan juga bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila minatnya timbul. Oleh itu, generalisasi masyarakat Melayu malas adalah tidak tepat dan suatu mitos.

9. Sekarang ini bangsa Melayu masih ketinggalan. Oleh itu adakah pribumi malas masih lagi mitos atau kebenaran? Banyak analisa telah dibuat tentang punca ketinggalan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang. Ada yang menyatakan ianya disebab oleh dasar pecah dan perintah penjajah yang meletakkan orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang atau estet. Ada pula yang menyebut disebabkan faktor genetik, turun temurun, sememangnya Melayu memang begitu, lantas mencadangkan perkahwinan campur sebagai satu kaedah untuk mengatasinya. Ada yang menyatakan pemimpin dan kerajaan perlu berbuat sesuatu yang drastik bagi membina Agenda Melayu kerana dianggap masih tidak cukup usaha ke arah itu.

10. Apakah hubung kait tentang tuduhan Melayu malas dan Melayu mundur dengan Melayu Glokal? Kita perlu pastikan bahawa Melayu yang ingin menerjah ke peringkat global adalah Melayu yang tidak malas dan tidak mundur. Jika Melayu masih tidak bersedia untuk menerjah ke arena antarabangsa dan pada masa yang sama kurang berjaya dalam negara; maka Melayu akan terus layu dan tidak bermaya untuk menghadapi arus tsunami ledakan perubahan yang sedang berlaku.

11. Tanpa menafikan tentang pentingnya mencari punca bangsa kita mengapa masih di tahap begini, kurang di sana sini – adalah lebih produktif jika kita menghayun seribu langkah, berani mulai sekarang ini untuk memahat sejarah dan mencipta tamadun. Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa. Wawasan 2020 tinggal 15 tahun saja lagi. Apabila fajar menyingsing pada 1 Januari 2020 nanti, jangan dikesali, jangan ditangisi jika pada saat itu orang lain telah maju tapi kita masih terkebelakang. Sebelum air mata darah menitis penuh kekesalan, marilah kita bertindak sekarang.

12. Kerajaan pula dalam Rancangan Malaysia ke 9 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006 ini sedang menyediakan pelbagai strategi untuk memacu binaupaya bangsa dan negara agar lebih hebat dan berjaya. Pada ketika yang sama, bangsa Melayu juga wajar berdikari dan wujud penambahbaikan bagi menghadapi gelombang ekonomi baru yang semakin mencabar. Ekonomi baru memerlukan penyediaan minda baru dan konsep Melayu Glokal adalah salah satu ikhtiar penting bagi menghadapi cabaran ini.

13. Saya mencadangkan agar semua pihak secara terbuka dan kritis cuba memahami gagasan dan seterusnya menghayati semangat Melayu Glokal. Bagi membantu menjayakannya saya ingin menggariskan lima strategi berikut bagi menjana Melayu Glokal:

13.1 Strategi pertama ialah membentuk peribadi Melayu Glokal yang berjaya: Banyak formula kejayaan peribadi dikemukakan oleh golongan sarjana, ulama’ dan perunding motivasi. Hari ini saya ingin mengemukakan satu formula kejayaan untuk dihayati bersama iaitu:

Kejayaan = Wawasan X Usaha X Keupayaan X Sikap
(Kejayaan adalah bersamaan faktor Wawasan darab Usaha darab Keupayaan dan darab Sikap)

Wawasan (vision) melibatkan pandangan jauh, visi, objektif, matlamat, halatuju yang jelas, praktikal dan boleh dicapai. Ianya wajar diiringi dengan doa kepada Allah. Anggap markah wawasan dari 0 hingga 100.

Usaha (effort) melibatkan ikhtiar untuk bertindak dan jumlah masa, tenaga dan wang ringgit yang diperuntukan untuk mencapai sesuatu bentuk kejayaan. Markah usaha dari 0 hingga 100.

Keupayaan (ability) melibatkan kebolehan dan peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan menerusi pembelajaran, kemahiran, bakat, suasana sekitar dan pengalaman. Markah juga dari 0 hingga 100.

Sikap (attitude) melibatkan tabiat, tingkah laku, perangai dalam kehidupan, kerjaya, diri dan keluarga seperti mengamalkan nilai-nilai murni atau sebaliknya. Markah dari (negatif) -100 hingga 100. Ini disebabkan sikap adalah komponen terpenting formula ini.

Jika kita sebagai Melayu Glokal ingin berjaya maka kita memerlukan keempat-empat faktor (wawasan, usaha, keupayaan dan sikap) tersebut mempunyai nilai positif. Maknanya jangan ada yang negatif atau 0. Ini penting kerana formula tersebut mempunyai fungsi darab yang jika dihitung akan menjadi 0 jika ada faktor yang bernilai sifar. Begitu juga jika ada faktor yang negatif maka keseluruhan kejayaan tersebut akan menjadi negatif juga contohnya jika sikap dan nilai-nilai murni tidak diamalkan.

13.2 Strategi kedua ialah meramaikan kepakaran bersifat glokal. Dalam banyak bidang, kepakaran merupakan tiket paling berharga untuk melayakkan seseorang terlibat secara aktif di semua peringkat. Modal insan yang berupa kepakaran dan mempunyai nilai tambah adalah lebih penting daripada modal-modal yang lain. Oleh yang demikian, Melayu Glokal khususnya di firma swasta multinasional dan pusat pengajian tinggi perlu menempatkan diri dalam kelompok elit di kalangan komuniti saintifik dan profesional masing-masing. Sebagai contoh, kita perlu bukan sahaja kepakaran dalam bidang ICT dan bio-teknologi dalam negara, tetapi juga menjadi tokoh profesional atau profesor dengan menganggotai jawatankuasa tertentu serantau ataupun tokoh korporat di peringkat antarabangsa.

13.3 Strategi ketiga ialah menguasai ilmu dan maklumat glokal. Ilmu tentang glokal wajarlah sentiasa disebarluaskan. Media massa perlu berperanan untuk menyalurkan maklumat yang tepat tentang peristiwa yang berlaku di peringkat lokal dan antarabangsa dari perspektif yang bersesuaian. Menerusi maklumat tersebut, maka masyarakat umum akan lebih peka dengan persekitaran global sekaligus bertindak selari dengan perkembangan semasa. “Information is power”. Dalam era teknologi maklumat, segala kecanggihan jaringan cyber wajar dimanfaatkan ke arah yang positif. Setiap keluarga Melayu wajar mempunyai sebuah komputer dalam setiap rumah misalnya. Barulah kehebatan ilmu dan maklumat dapat dirasai ledakkannya.

13.4 Strategi keempat ialah membina jaringan perniagaan glokal. Dengan adanya kefahaman yang merentasi isu-isu tempatan dan rantauan, maka lebih banyak peluang perniagaan akan diperolehi. Dengan kata lain, citra glokal membolehkan golongan usahawan dan syarikat besar mengembangkan sayap perniagaan ke negara-negara yang selama ini tidak terjangkau disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan politik. Jika dahulu persaingan kita ialah antara etnik, persaingan baru kini adalah antara negara. Sebagai contoh ialah Felda yang merupakan pemilik ladang sawit dan getah seluas 2 juta ekar adalah juga tuan punya estet terbesar di dunia. Saya telah mengarahkan Felda yang mempunyai 49 anak syarikat untuk menjadi pelaku global yang aktif. Satu ketika nanti Felda akan menjadi multinasional yang glokal sifatnya dan diterajui oleh pengurusan Melayu yang juga glokal kehebatannya. Petronas sudah menjadi glokal lebih awal lagi apabila saban tahun menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam senarai Fortune 500 dunia.

13.5 Strategi kelima ialah memantapkan gerakan pasukan glokal. Kita menjadi kuat apabila bersatu dan saling membantu sesama bangsa. Ada tiga konsep penting perlu dihayati iaitu konsep “win-win” atau menang-menang, konsep “synergy” dan konsep jemaah. Apabila kita melaksanakan sesuatu jangan fikir kita menang dan orang lain kalah atau kita kalah mereka menang. Kedua-dua pihak perlu menang, barulah sesuatu usahasama dan perhubungan boleh berkembang. Seorang individu digabung dengan kehebatan seorang lagi individu akan mewujudkan “synergy” yang hebat. Sebenarnya 1+1 tidak semestinya berjumlah 2 dari konsep falsafah. Suami campur isteri akan melahirkan keluarga dengan tiga orang atau lebih jumlahnya. Oleh itu ianya membawa kepada konsep jemaah atau pasukan. Dalam Islam jika ada seorang imam dan seorang makmum dalam sembahyang berjemaah, pahalanya adalah 27 kali ganda. Oleh itu, falsafah 1+1 adalah berjumlah 3 atau lebih. Rumusannya ialah Melayu Glokal perlu berfikir dan bertindak secara berpasukan untuk mendapatkan kelebihan segera dalam pelbagai bidang.

14. Konsep, gagasan, hasrat, citra dan wawasan Melayu Glokal adalah untuk mengubah minda, sikap, paradigma dan pandangan hidup bangsa Melayu kepada yang lebih hebat, unggul dan mulia. Oleh itu, marilah kita dengan penuh azam dan iltizam, berdoa dan berusaha agar Melayu Glokal dapat dibina sebagai suatu janakuasa baru yang hebat dan bertenaga demi manfaat agama, bangsa dan negara.

Monday, March 16, 2009

Perspective atau worldview; apa yang boleh mempengeruhinya ?

1. Perspective atau worldview yang mengambarkan realiti sebenar diri kita sendiri berdasarkan daripada perspective atau worldview dari "hasil penelitian diri sendiri" adalah realiti sebenar diri kita sendiri. Realiti diri kita sebenar mungkin hanya kita yang mengetahunya ?

2. Perspective atau worldview yang menggambarkan worldview orang lain kepada diri kita sendiri adalah bukan realiti sebenar diri kita sendiri kerana tahap kesahihan worldview orang lain terhadap kita dipengeruhi oleh banyak faktor ia itu antaranya seperti tingkat keupayaan diri kita sendiri untuk membuat "adjustment" penampilan kepada orang lain atau masyarakat melalui bagaimana diri kita sendiri berupaya menzahirkan "corak atau warna" yang kita putuskan untuk "dinampakkan" kepada orang lain. Jadi, perspective atau worldview orang lain kepada diri kita sendiri adalah bukan menggambarkan realiti sebenar diri kita sendiri. Ertinya worldview orang lain kepada diri kita sendiri boleh jadi hanyalah persepsi orang tersebut kepada kita. Kalau kita mempunyai ilmu dan skil untuk melakarkan skript sebagai asas permainan wayang kepada orang lain atau masyarakat, kita "pandai berlakun" atau hipokrit; then, persepsi orang lain kepada kita akan boleh kita tentukan. Contohnya: kalau kita memakai jubah, kopiah dan berjanggut panjang berwarna keputihan dan disertakan dengan penampilan kata-kata yang dihiasi dari sumber ilmu agama; boleh jadi persepsi orang atau masyakat akan beranggapan bahwa kita adalah "ulama" atau paling rendahpun diklasifikasikan sebagai orang "alim"; walaupun pada realitinya sebelumn kita mengubah penampilan diri sendiri, kita telah melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan norma-norma kehidupan sosial masyarakat "dibelakang tabir".

3. Perspective atau worldview yang mengambarkan realiti sebenar diri kita sendiri berdasarkan daripada perspective atau worldview "TUHAN" atau "Allah SWT" bagi orang beragama Islam contohnya adalah merupakan perspective atau worldview realiti sebenarnya siapa diri kita.

4. Perspective atau worldview realiti kita sebenarnya akan berada di garisan "equilibrium" apabila ketiga-tiga perspective atau worldview seperti di atas berada dalam kedudukan yang seimbang dan ini hanya akan boleh terjadi atau berlaku kepada seseorang jika modal insan itu berjaya dibangunkan atau berjaya membangunkan diri sendiri mengikut sylibus pembangunan modal insan yang sistematik, holistik dan berdasarkan ilmu Allah SWT. Perspective atau worldview yang keemapat (4) ini ada hubugan langsung dengan "konsep tauhid" dan ilmu, amal dan iman kalau ditinjau dari perspective pemikiran islam dan ini adalah merupakan paksi kepada tahap qualiti modal insan.

Saturday, March 7, 2009

MEMPERKASAKAN KONTRAK SOSIAL : ANTARA CABARAN DAN HARAPAN

Oleh: Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. [Mohamed Jauhar Hassan, 1996]

Elemen-Elemen Kontrak Sosial Menurut Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995]

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan [Abdul Aziz Bari, 1996]. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” [Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]

4. BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan.

Kontrak Sosial Sebagai Pemangkin Perpaduan Masyarakat

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu.

Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam
Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998].

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16 November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memberi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.
Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.

Kontrak Sosial Menurut Sejarah Islam

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan satu formula berkaitan kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak sosial yang terbentuk melalui piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan dokumen perlembagaan terawal yangmenggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak yang sama rata di kalangan pelbagai kaum.

Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan, kebebasan dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan bangsa Arab lain yang bukan beragama Islam.Malah jika diperhatikan, daripada 47 fasal yang terkandung dalam Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan kewajipan masyarakat minoriti Yahudi.

Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W hingga baginda secara jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-pader dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada sebarang ancaman musuh.

Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya Ghayr al-Muslimeen fil Mujtama’ al-Islami turut membahaskan hak-hak golongan minoriti bukan Islam yan wajib dipertahankan oleh kerajaan Islam. Dalam bukunya, beliau menukilkan bagaimana di zaman Khalifah Umar al-Khatab, rakyat di Ilya (Juruselem) yang terdiri daripada pelbagai agama termasuklah Islamm Kristian dan Yahudi dikehendaki memeterai kontrak sosial yang menjamin kebebasan dan hak mereka sebagai warganegara.

Ini termasuklah hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa penindasan dan penganiyaan. Malah penegasan turut dibuat bagi menghalang sebarang unsur-unsur paksaan terhadap penganut agama lain termasuklah yang bersangkutan dengan harta mahupun agama.

Khalid al-Walid pula dalam memeterai kontrak sosial bersama masyarakat ‘Anat yang terdiri daripada penganut agama Kristian jelas menyebut: ” Penganut Kristian mesti dibenarkan membunyikan loceng pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam kecuali ketika waktu umat Islam menunaikan solat. Mereka juga mesti dibenarkan mempamerkan salib pada hari-hari perayaan.“

Begitulah betapa hebatnya prinsip keadilan dan kebebasan yang menjadi bukti perakuan Islam terhadap pembentukan kontrak sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semuanya bagi menjamin keharmonian dan kestabilan yang berkekalan khususnya dalam realiti masyarakat plural dalam sesebuah negara.

Oleh itu, dalam mencari formula terbaik untuk merangka pelan tindak memperkasakan persefahaman dan perpaduan kaum di Malaysia kini, semua pihak khususnya generasi muda negara ini harus kembali menelusuri sejarah serta menjunjung prinsip dan nilai luhur yang terkandung di dalam ajaran Islam. [Asyraf Wajdi Dusuki, 2006]

Hanya dengan memahami sejarah dan menjiwai prinsip Islam sejati generasi muda akan lebih menghargai kontrak sosial dan sensiviti kaum yang menjadi teras pembentukan masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia.

Saturday, June 21, 2008

MELAYU ADALAH MASYARAKAT INDUK MALAYSIA

A. MUKADIMAH

1. Falsafah perjuangan bangsa Melayu adalah bersendikan kepada keyakinan bahawa Melayu/Bumiputera adalah masyarakat induk/teras/ibu di Malaysia. Oleh kerana itu hak dan matlamat perjuangan adalah berbeza daripada kaum-kaum lain.

2. Sebagai sebuah masyarakat Islam yang terbuka dan mewarisi tradisi menghargai nilai-nilai Islam yang keyakinan hanya dapat dibina di atas landasan yang kukuh yang dapat menatijahkan bahawa bahawa apa yang diperjuangkan adalah sohih dan halal. Maka adaah pri penting setiap generasi Melayu menghayati prinsip-prinsip asas yang membezakan kedudukan bangsa Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain yang lazimnya ditakrifkan sebagai masyarakat serpihan) yang terpelanting daripada masyarakat induknya di negara-negara asal mereka.

3. Namun kerana keperluan teknikal perbezaan itu menjadi kabur apabila masyarakat bukan Melayu yang jumlahnya hampir separuh jumlah penduduk Malaysia diiktirafkan sebagai warga negara istilah seperti masyarakat pendatang atau imigren sebagai rujukan kepada rakyat bukn Bumiputera menjadi tidak sesuai.

B. KONSEP MASYARAKAT INDUK/IBU/TERAS ATAU "TOTAL SOCIETY"

1. Kita semua adalah “product of history” atau anak penghasilan sejarah maka suka atau tidak, sedar atau alpa, jahil atau mengetahui, tanggapan kita mengenai sejarah keluarga kita, masyarakat kita dan apatah lagi sejarah bangsa kita menjadi faktor penentu tentang apa yang dianggap hak kita atau hak orang lain. Di sinilah letaknya kepentingan mengetahui sejarah yang dapat mengelak daripada pemahaman yang dimanipulasi yang akan mengizinkan hak-hak kita tergadai.

2. Para ilmuan rata-rata menerima hakikat bahawa dari segi sejarah, Malaysia adalah sebahagian daripada alam budaya Melayu yang luas. Konsep alam budaya Melayu (geo-cultural/region) berkaitan terus kepada konsep tamaddun atau peradaban ia itu sepertilah juga tamaddun Cina atau tamaddun India yang menjadi asas kepada kelahiran alam budaya Cina atau alam budaya India yang sangat luas itu. (Datok, nenek kita peka dengan hakikat itu kerana itu mereka merujuk negeri China sebagai benua China). Satu sifat umum tamaddun agung dan besar seperti ini ialah hakikat wujudnya kepelbagaian sukuan dan puak yang berbeza-beza dalam kesatuan alam budaya yang satu seperti puak Hailam atau Teochew atau Kek dalam alam budaya Cina. Namun perbezaan-perbezaan budaya, loghat atau bahasa bahkan kepercayaan sekalipun semuanya terangkum dan memperkaya kedinamikan khaznah tamaddun atau peradaban yang besar itu.

3. Maka seperti tamaddun-tamaddun yang besar tadi, peradaban Melayu merangkumi satu kawasan yang luas, satu gugusan pulau-pulau yang terbesar di dunia, berjumlah lebih daripada 21 ribu pulau dan mengandungi di dalamnya berpuloh-puloh sukuan dan puak dengan segala ragam loghat bahasa dan adat budaya yang berbeza-beza namun semuanya itu terangkum dalam satu kesatuan alam budaya atau satu ‘geo-cultural region’ yang dinamakan gugusan pulau-pulau Melayu, Alam Melayu, Dunia Melayu, Nusantara hatta pernah jua dirujuk sebagai ‘Malaysia Raya’. Harus diingat bahawa nama atau istilah ‘Malaysia’ sebagai rujukan para sarjana kepada kawasan gugusan pulau-pulau Melayu telah digunakan berpuloh-puloh tahun sebelum negara Malaysia merdeka dan menjadi satu entiti politik yang tersendiri.

4. Pengakuan sebagai anak Melayu pernah dilafazkan oleh ramai pemimpin negara-negara di gugusan pulau-pulau Melayu sekalipun mereka daripada puak atau suku yang berbeza-beza iaitu seperti Jose Rizal di Filipina atau Sukarno di Indonesia.

5. Istilah bumiputera juga mengandugi erti yang lebih luas daripada erti ‘native’ atau ‘indigenuous’ yang sempit. Ianya juga berkait rapat dengan konsep alam budaya atau tamadun yang wujud di satu-satu tempat.

6. Perlu diingat bahawa konsep tamadun atau peradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayer. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’ daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau ‘sovereignty’ yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakat-masyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.Dalam kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor kesenambungan yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti membuat ubahsuai atau adaptasi dengan merujuk kepada masyarakat penentu/atau masyarakat teras dan bukan wujud dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini adalah selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai murni dimana “bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di barat dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”.Sesungguhnya ini adalah prinsip peri penting yang wajib diambil iktibar (terutama dalam bidang membina budaya kebangsaan) supaya proses tolak ansur tidak terjebak menjadi proses penggadaian budaya.


C. UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.

2. UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatuan orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanat sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3. Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).

a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, lebih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yani Pertubuhn Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakat induk, masyarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO. Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa Melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu yang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-


i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.

ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.

Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.

4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi peradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

D. MENGIMBAS KATA-KATA, UNGKAPAN KATA, SLOGAN-SLOGAN YANG MENGHINA BANGSA MELAYU DAN PERJUANGANNYA

1. Tolak Ansur

Kita lazimnya berasa bangga kerana selama setengah abad kita berupaya mengendalikan pemerintahan negara kita secara aman dan dapat pula menerokai pembangunan dalam berbagai bidang. Dalam konteks bahawa negara kita mewarisi sifat kemajmukan masyarakat yang tidak ada taranya di dunia, (satu warisan penjajahan) ini merupakan satu-satunya 'success story' yang membanggakan.

Kemampuan dan kejayaan kita ini lazimnya dikaitkan dengan tradisi 'bertolak ansur' khasnya antara masyarakat bumiputera bangsa melayu dengan bukan bumiputera.

Sesungguhnya dari satu segi proses dan konsep, tolak ansur merupakan satu kebijaksanaan kepimpinan kita yang luar biasa, namun proses bertolak ansur itu sekali-sekali tidak boleh mengabaikan prinsip keadilan dan muafakatnya antara kedua belah pihak. Jika ditilik daripada segi bangsa Melayu sebagai bangsa yang mempunyai kedaulatan yang diiktiraf dan berkesinambungan, maka prinsip pihak siapa yang mempunyai hak menjadi jelas.

Dalam rangka seperti inilah kerapkali proses tolak ansur menjadi proses menyerah yang mengaibkan dan bukan menuntut hak yang bermaruah. Kita tidak boleh semata-mata berselindung di sebalik prinsip yang dikatakan sebagai 'kebijaksanaan atau hikmah' dengan memberi alasan bahawa rialiti negara kita memaksa kita berbuat demikian dan jikalau kita tidak mengambil kira faktor rialiti kita mungkin akan menempuh mudarat dan porak peranda. Tetapi kita wajib sedar bahawa rialiti bukanlah satu yang beku atau 'static' tetapi rialiti tertaklok kepada hukum alam fitrah; rialiti adalah suatu yang dinamik boleh diubah dan dibaharui. Inilah cabaran untuk terus berikhtiar, merancang supaya tolak ansur boleh mendekatkan kita kepada maklamat perjuangan dan bukan mengkaburkannya. Proses 'tolak ansur' ini menjadi cabaran yang paling ketara dalam bidang penggunaan bahasa dan penonjolan atau penampilan kebudayaan iaitu dua unsur penting yang akan mencorak warnakan unsur penting yang akan menjadi asas dalam pembentukan keperibadian atau 'identiti' bangsa kita.

Ini dapat kita saksikan dalam penggunaan tulisan bahasa asing (bukan bahasa Malaysia), lambang-lambang budaya luaran, sama ada pada papan-papan iklan, majalah-majalah yang diterterakan, muzik yang sentiasa berkemumandang, semuanya ini seolah-olah menjurus kpada imej keperibadian bangsa yang bersifat 'rojak' (Lihat sahaja pendedahan kepada rancangan hiburan di TV di mana penggunaan bahas Malaysia sentiasa diselang seli dengan kata-kata murahan dalam bahasa Inggeris, seolah-olah disengajakan untuk mencemuh tertib bahasa ibunda kita. Kita harus insaf bahawa budi bahasa tidak dapat dipisahkan dari budi pekerti sesuatu bangsa. Kita jua mesti ingat bahawa bangsa yang maju di dunia dapat bertahan kerana memelihara kekuatan budi dan sifat pekerti yang menjadi identiti bangsa itu).

Semua perkembangan di atas itu seolah-olah sengaja 'ditaja' supaya segala sesuatu yang melambangkan akar umbi Melayu tergambar sebagai sesuatu yang kolot, mundur dan lapuk. Tanpa sedar kita mengizinkan usaha 'menjana' perkembangan ke arah "Cultural Inferiority Complex" dikalangan generasi muda Melayu. Maka jika seandainya perkembangan seumpama ini dibiarkan berterusan, dia akan menjadi 'anai-anai' yng memupuskan dan menghancurkan kekuatan semangat suatu bangsa, 'destroying the spirit of nation'.

Lebih dahsyat lagi, walau melangit sekalipun kejayaan teknoloji dan ekonomi bangsa yang dicapai, dia akan runtuh dan sendirinya 'The Whole Social Structure Will Collapse On Its Own Weights' kerana kekuatan struktur sosial dan budaya yang menjadi foundation masyarakat 'reput dimakan anai-anai'. Dalam rangka seperti ini harus jua disebutkan implikasi iklan seperti 'Instant Asia' atau 'Truly Asia' sebagai tarikan pelancong luar begeri.

Tanpa berhati-hati iklan-iklan seperti ini boleh mengalakkan kebangkita kesedaran budaya bukan Bumiputera yang berakar umbi di luar negara dan memunafaatkannya dalam bentuk asingnya yang mutlk. Ini boleh membunuh dasar mengalakkan proses "adaptasi atau mngubahsuaian unsur luar untuk memperkaya khazanah budaya nasional" seperti yang dicita-citakan oleh UMNO.